Tajuk Utama

Sunday, May 13, 2012

Tajuk PJK Ting 4 2012

Soalan 1 hingga soalan 3 Labelkan gambar rajah dengan memilih satu jawapan yang tepat bagi tiap-tiap soalan berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan. Gambarajah otot manusia (buku teks T4 MS 11)

Soalan 6 hingga soalan 8, Padankan pernyataan di BAHAGIAN I dengan pernyataan di BAHAGIAN II BAHAGIAN I 6. Osteoporosis 7. Anoreksia nervousa 8. Fraktur A.tulang menjadi rapuh dan mudah mengalami kecederaan B.retak atau patah pada tulang C.tiada selera makan akibat sesuatu penyakit atau gangguan psikologi D.masalah tidak boleh tidur BAHAGIAN II 9. Garam mineral diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi 10. Keadaan kekeringan akibat kehilangan air yang banyak A.detoksifikasi B.kalsium C.dehidrasi D.magnesium
Soalan 11 hingga soalan 13, Isikan tempat kosong dengan jawapan yang dicadang seperti berikut: A. mengelecek B. menolak C. menguis D. memukul 11.Kemahiran ___________ yang pantas berguna untuk hantaran, clearance, atau untuk membuat jaringan. 12.Kemahiran ___________ membolehkan bola dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan 13.Kemahiran ___________ ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan
Soalan 14 hingga 15 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang dicadang seperti berikut: 14.Aktiviti otak boleh diukur dengan menggunakan ___________ 15. Tekanan darah diukur menggunakan ____ A. thermometer B. sfigmomanometer C. elektroensefalogram D. electrocardiogram
Soalan 16 hingga 25 Tandakan A bagi pernyataan yang BETUL dan B bagi pernyataan yang SALAH. 16. Berat bola hoki yang diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa adalah antara 153 gram hingga 163 gram 17. Dalam permainan hoki, hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, kaki dan anggota badan untuk mengawal pintu gol selagi ia berada dalam kawasan D 18. Aktiviti kesenggangan merupakan satu tempoh masa yang terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak yang aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak 19. Nilai Indeks Jisim tubuh (BMI) dikira antara 25 hingga 29.9 dikategori sebagai lebih berat badan 20. Vitamin A atau retinol diperlukan untuk penglihatan yang normal, pertumbuhan, fungsi pembiakan dan keimunan. 21. Daya tahan kardiovaskular merupakan kecekapan jantung, salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. 22. Hemoglobin dalam darah berfungsi untuk mengangkut oksigen 23. Darah dipam oleh jantung dan dialirkan ke seluruh tubuh melalui arteri. 24. Kestabilan dan keseimbangan berlaku ketika dirian kepala dipengaruhi oleh pusat graviti 25. Kecederaan patah tulang merupakan keadaan di mana tulang yang bercantum pada sendi terpisah atau terkeluar dari tempat asalnya
Soalan 26 hingga soalan 35, Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih SATU jawapan yang tepat. 26 Pengucupan otot isometrik berlaku ketika melakukan aktiviti A Bicep curl B Tolak dinding C Tekan tubi D Turun tangga
27 Perbezaan antara daya tahan otot dengan kekuatan otot yang betul ialah Daya tahan otot Kekuatan otot A. beban tinggi, ulangan tinggi beban rendah, ulangan rendah B. beban rendah, ulangan tinggi beban tinggi, ulangan rendah C. beban tinggi, ulangan rendah beban rendah, ulangan tinggi D. beban rendah, ulangan rendah beban tinggi, ulangan tinggi
28 Latihan daya tahan kardiovaskular yang sistematik dan berterusan boleh menyebabkan A keupayaan mengangkat beban yang lebih berat daripada berat badan B menurunkan kadar nadi rehat C membina tubuh badan berotot dan sasa D keupayaan melakukan aktiviti yang mencabar
29 Dalam permainan hoki, kemahiran yang memerlukan sudut kecondongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh A kemahiran menggelecek B kemahiran mencedok C kemahiran menguis D kemahiran memukul
30 Sekiranya anda mengalami masalah tidak boleh tidur, anda mungkin mengalami A hipertension B hipoglisemia C insomnia D psikomatik
31 Antara yang berikut merupakan peranan sukan massa, KECUALI A membina rakyat yang cergas, produktif serta mempunyai minda yang cerdas. B mengeratkan perhubungan sosial C membenteras kegiatan-kegiatan yang kurang sihat D melahirkan atlit yang cemerlang di peringkat antarabangsa
32 Yang manakah BENAR mengenai tanda-tanda stress A reaksi perasaan B sukar membuat keputusan C perubahan perlakuan D lulus dalam peperiksaan
33 Prinsip pengkhususan dalam latihan bererti sesuatu latihan itu akan A membina aspek kecergasan yang tertentu sahaja B mencapai matlamatnya jikalau dilakukan secara ansurmaju C berkesan apabila intensitinya ditambah D berkesan jika dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu D lulus dalam peperiksaan
34. Hipertrofi jantung ialah pertambahan saiz ruang jantung terhasil dari latihan berterusan oleh A perejam lembing B pemain ping pong C pemain bola tamper D perenang jarak jauh
35 cycle ergometer,trademill, kegunaan alat ini adalah untuk? A meningkatkan kekuatan otot B menguji tahap kesihatan seseorang C meningkatkan kecergasan fizikal D menguji perjalanan darah
Soalan 36 hingga 40, Setiap soalan mempunyai lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul berdasarkan rujukan jawapan di bawah. A i dan ii B ii dan iv C i,ii,dan iii D Semua di atas 36. Sebuah keluarga dikatakan bahagia apabila ahli-ahlinya I saling hormat-menghormati II tahu tanggungjawab masing-masing III menghargai ahli keluarga IV hidup dengan penuh kasih sayang 37 Memiliki kekuatan otot membolehkan seseorang itu I Melakukan pergerakan eksplosif II Membina postur yang baik III Mengelakkan kecederaan IV Menambahkan ketumpatan mineral dalam tulang 38. Dalam permainan hoki, antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah I menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola II penjaga gol menyepak bola III memainkan bola melepasi paras bahu IV memakai pelapik kaki atau shin guard 39.Acara lari pecut terdiri daripada I 100 meter II 200 meter III 400 meter IV 800 meter 40 Apakah penyakit yang utama mungkin dialami oleh Ahmad I Diabetes II Hipertensi III Hiperglisemia IV Jantung

Read more...

Wednesday, April 25, 2012

Portal Pembelajaran

Read more...

Sunday, October 4, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR

Pihak admin ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR 2009 kepada calon-calon PMR SMK Selandar. Semoga kalian beroleh keputusan yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara seterusnya dapat menaikkan imej sekolah di mata masyarakat setempat dan sekeliling...

Majlis Dambaan Restu PMR 2009 akan diadakan pada :
TARIKH : 6 OKTOBER 2009
MASA : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DATARAN BUDAYA, SMK SELANDAR.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Cegah H1N1

Sila klik pada imej untuk melihat paparan dengan lebih jelas.



Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Lagu Rasmi Sekolah


DINAMIS DAN DEDIKASI

Bersatu dan berikrar
Berjanji pada diri
Meningkatkan prestasi
Dinanmis dan dedikasi

Berbudi bahasa bersopan santun
Hormat guru, ibubapa
Belajar dengan tekun
Menjaga imej sekolah

Rintangan serta cabaran
Semangat tetap berkobar
Berdisiplin berjiwa waja
Janji akan ditunaikan

Read more...

Sejarah Ringkas dan Latarbelakang SMK Selandar


Selandar, sebuah kawasan yang agak terpencil dari Kota Melaka Bandaraya Bersejarah mahupun dari pekan kecil Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah, telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar yang berkebolehan.


Ramai pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah-sekolah yang berdekatan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah di kota Melaka atau pun Jasin untuk menenruskan pengajian sekolah menengah mereka.masalah pembaziran masa, pengangkutan dan kewangan telah menambahkan lagi rintangan terhadap peluang pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini, sebilangan tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.


Sekolah Menengah Selandar yang terletak 0.3 km dari pekan Selandar telah memulakan era sejarahnya dengan pengambilan seramai 159 orang pada 1 Januari 1980, di mana kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Selandar yang telah di tempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Selandar dengan 12 orang guru dan seorang pekerja. Seterusnya di dalam tahun yang sama bangunan sekolah telah siap dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pendidikan di bangunan sendiri.


Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986.

Read more...

Monday, July 13, 2009

Logo SMK Selandar

Warna Pada Logo,

Merah : Terdapat pada bendera Negeri

Biru : Melambangkan keharmonian
Hijau : Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara
Kuning : Negara Beraja

LIMA LINGKARAN :
Melambangkan lima prinsip Rukunegara dan sukan iaitu lambang kegiatan ko-kurikulum

BUKU :
Melambangkan ilmu melalui pendidikan

OBOR :
Melambangkan guru yang memberi cahaya

MAHKOTA :
Melambangkan kejayaaan yang menjadi matlamat utama

DINAMIS DAN DEDIKASI :
Motto sekolah

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP